Friday 11 April 2014

BENGKEL PERHUBUNGAN KEMAS PARLIMEN TAIPING 2014.


Pada 8hb April 2014 bertempat Di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Taiping telah diadakan Bengkel Perhubungan KEMAS Parlimen Taiping. Semua kakitangan KEMAS telah hadir berbengkel dan turut dihadiri oleh Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Taiping, Pn. Rosmawati Binti Darus.

Bengkel Perhubungan tersebut telah disampaikan oleh En. Indra Saffril B. Sukarman, Penyelia Pembangunan Desa & Perhubungan DUN Pokok Assam dan turut membantu beliau Pn. Tun Ajura Aini Bt. Baharom, Penyelia Pembangunan Desa & Perhubungan DUN Kamunting dan Pn. Aziah Bt. Aziz, Penyelia Pembangunan Desa & Perhubungan DUN Aulong.

Semua kakitangan telah bersungguh-sungguh bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan kerja-kerja Perhubungan dapat disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan.